Tuesday, June 14, 2011

2011

Memasuki era 2011..banyak sudah perkara berubah...mungkin secara drastik...namun inilah peredaran masa yang memerlukan perubahan..

Perubahan Kerjaya
Memasuki tahun 2011, aku berubah kerjaya dan tempat bekerja...dari bekerja dengan sebuah organisasi yang bertaraf antarabangsa..aku tekad untuk berubah arah...
Mungkin ada akan berkata, tindakan ini sia-sia saja...mengapa perlu berubah tempat kerja..padahal sudah lebih 3 tahun disitu...disitu sudah mempunyai jawatan yang bagus dan sudah menjadi orang yang berpengaruh...dan lebih enak disitu berpeluang untuk keluar negara dan berjumpa dengan pelbagai golongan masyarakat dan disitu juga anda mempunyai kuasa dan anda yang menentukan halatuju organisasi tersebut....
Itu secara lahirnya..memang benar segalanya hebat disitu...namun ia setaraf dan sehebat dengan ujian yang ditempuhi...biarlah ia tinggal sebagai kenangan..biarlah ia terpendam dalam ingatan dan biarlah ia hanyut dibawa arus....itulah keputusan tekad ku untuk berubah kerana tidak tahan dengan cabaran dan tomahan yang diterima...cukup sudah aku menanggungnya selama enam bulan..

Berhenti..tdak bererti aku kalah...berhenti tidak bererti aku pasrah..namun aku punya peluang yang lebih baik dalam bidang kerjayaku....walaupun kecil aku tekadkan semangat...dengan kerjasama rakanku...kami tekad membina sebuah organisasi berteraskan tempatan...bukan niat utk berlawan...tapie kerana semangat dan minat untuk membantu mereka yang memerlukan...memang perih...memang mencabar...dari kosong segalanya bermula..namun nasib baik ada pengalaman dan semangat juang untuk mengejar matlamat ini....